6
September
2011

:: Video dalam Pendidikan ::0

Penerbitan Dan Penghasilan Video

Dalam Pendidikan


 Format program video

Visual yang tidak memerlukan mesej/narration. Jika visual sudah mencukupi untuk menerangkan mesej, naration tidak perlu lagi. Contohnya keadaan semasa kemalangan jalanraya.  Aspek program video yang paling penting ialah skrip/senario/story board.

 Jenis program

  • Berita – adalah dokumentari yang mengandungi temubual, drama dsb.
  • Dokumentari – docu drama, ficumentary (fiction + documentary) contohnya berdasarkan dari kejadian sebenar.
  • ‘Talk show’ – contohnya ‘Oprah Wifred Show’
  • Drama
  • ‘Variety musical’
  • Forum – panel perbincangan. Apa kekuatan format ini? – kredibiliti, penonton perlu mendapat maklumat/pendapat dari seseorang untuk mempengaruhi orang ramai dengan menggunakan seseorang yang mempunyai kredibiliti.
  • Demonstrasi – di dalam makmal, bilik darjah dan di luar.
  • Sukan – siaran langsung, berbentuk dokumentari dll.
  • Kuiz
  • ‘Game show’ – contohnya ‘supermarket sweep’, ‘win, lose or draw’
  • Komedi – sitcom (situational comedy), contohnya 2+1, ‘Mind your language’ dll.
  • Komersial – iklan.

‘apple and orange format’ – mix drama dan dokumentari contohnya soaljawab agama, forum dan diskusi.

 Beberapa perkara penting dalam penerbitan video

  • commentary/narration
  • presenter talents
  • music – sfx (special effect)
  • interview talks
  • demonstration
  • visuals
  • grafik, animasi
  • credit – penghargaan
  • sets/props
  • studio – outdoor recording

 Pemilihan muzik

  • bergantung kepada ‘mood’ penonton. Muzik perlu menghasilkan ‘mood’.
  • sfx visual – seperti animasi, ‘slow motion’ dan sebagainya. Animasi boleh dibuat dengan menggunakan lukisan atau komputer. Contohnya ‘star wars’ dibuat sepenuhnya di dalam studio menggunakan peralatan dan model yang kecil-kecil.
  • sfx bunyi – contohnya hari hujan dan bunyi guruh, hasilkan bunyi guruh dengan menggoncang kepingan zink.

sfx = special effect

PRINSIP PENGGUNAAN TV/VIDEO DALAM


PENGAJARAN PEMBELAJARAN

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti sekiranya anda merancang untuk menggunakan video atau program TV dalam pengajaran pembelajaran:

 1. Persediaan Guru

  • pra-tonton, pilih, semak nota panduan
  • istilah, vokabulari
  • alatan sokongan

 2. Persediaan Pelajar

  • beritahu tajuk, kenapa perlu ditonton, apa yang boleh dipelajari
  • bincang dengan pelajar tentang isi kandungan topik dalam video

 3. Semasa Menonton

  • berhenti jika perlu sahaja
  • boleh ulang tayang bahagian yang rumit

 4. Selepas Tayangan

  • bahagi pelajar kepada kumpulan – buat perbincangan
  • beri ujian – samada dalam bentuk kuiz atau ujian bertulis
  • aktiviti seperti pameran dan lain-lain yang sesuai